Tiada Sepakat : PN Perak Masih Tiada Calon MB Majoriti

Bagaimanapun, kelebihan berpihak kepada Saarani yang mempunyai 25 ADUN UMNO serta memperoleh sokongan tiga rakan Muafakat Nasional daripada Pas menerusi akuan bersumpah yang ditandatangani kesemua wakil rakyat mereka namun masih kekurangan dua kerusi untuk memerintah Perak.

Sama ada Ahmad Faizal atau Saarani masing-masing berkemungkinan boleh dilantik sebagai Menteri Besar Perak namun, kedua-dua mereka tidak mempunyai majoriti mudah iaitu sekurang-kurangnya 30 kerusi DUN daripada parti masing-masing untuk membentuk kerajaan.

Bagaimanapun, kelebihan berpihak kepada Saarani yang mempunyai 25 ADUN UMNO serta memperoleh sokongan tiga rakan Muafakat Nasional daripada Pas menerusi akuan bersumpah yang ditandatangani kesemua wakil rakyat mereka namun masih kekurangan dua kerusi untuk memerintah Perak.

Tetapi harus diingat, sumbangan Ahmad Faizal yang berjaya membawa masuk ADUN Kuala Kurau, Datuk Abdul Yunus Jamhari daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyertai Bersatu dan tiga ADUN Pakatan Harapan (PH) yang lain menyokongnya membentuk kerajaan baharu di Perak perlu dipertimbangkan.

Sepertimana pembentukan kerajaan PH sebelum ini, biarpun Bersatu hanya menang satu kerusi DUN, namun Ahmad Faizal berjaya mendapatkan sokongan dua ADUN UMNO untuk dilantik sebagai Menteri Besar Perak sekali gus menafikan calon lain daripada parti gabungan PH yang mempunyai kerusi DUN lebih banyak.

Perkara itu tidak mustahil akan berlaku semula jika Ahmad Faizal berjaya menarik beberapa lagi wakil rakyat daripada PH untuk masuk menyokong beliau dalam Perikatan Nasional untuk kembali sebagai menteri besar.

Keadaan ini memperlihatkan tidak ada kesepaduan dalam Perikatan Nasional apabila Muafakat Nasional dan Bersatu masing-masing mempunyai calon menteri besar sendiri.

Bacaan Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/73312/Analisis-Sinar/Mungkinkah-DUN-Perak-dibubar

Kewangan Negara & 70 Kabinet

Kerajaan Pakatan Harapan telah mengecilkan saiz kabinet menjadi hanya 55 orang sahaja manakala kabinet Muhyiddin meningkat kepada 70 orang. Sehingga ada yang menggelarkan kabinet ini sebagai kabinet membahagikan bahagian masing-masing.

Perdana Menteri semalam mengumumkan barisan kabinetnya yang dinamakan sebagai kabinet berintegriti dan bersih. Namun saiz kabinet yang diumumkan mula menjadi bualan ramai.

Kerajaan Pakatan Harapan telah mengecilkan saiz kabinet menjadi hanya 55 orang sahaja manakala kabinet Muhyiddin meningkat kepada 70 orang. Sehingga ada yang menggelarkan kabinet ini sebagai kabinet membahagikan bahagian masing-masing. Ini susulan tumbangnya kerajaan PH melalui “Langkah Sheraton”

Image result for kabinet malaysia 2020

Apa implikasi kewangan kepada negara rentetan penambahan saiz kabinet ini ? Berikut adalah kemungkinan yang akan berlaku :

  1. Pejabat kena tambah, perabot kena tukar dan tambah. Semua pakai duit.
  2. Kereta rasmi kena tambah, kos penyelengaran kena tambah… duit kena tambah.
  3. Elaun dan gaji kena tambah. Kalau dulu 50 orang menteri, sekarang 70 orang. Bukan sikit duit nak tambah.
  4. Eskot Polis kena tambah. Tak perlu tambah duit tetapi pembaziran anggota elit di situ.
  5. Perlantikan jawatan politik pun akan bertambah mengikut menteri masing. Gaji lantikan ini dibayar oleh kerajaan.

Semua akan bertambah. Bajet akan bertambah. Duit cukai rakyat juga di kedarah.

Pelantikan Najib bertentang dengan kehendak rakyat

Perdana Menteri berkata, keputusan BN menerima kembali Najib adalah berbeza dengan kemahuan rakyat yang sudah menghukum kerajaan pimpinannya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pelantikan Datuk Seri Najib Razak sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) mungkin bertentangan dengan kehendak rakyat.

Perdana Menteri berkata, keputusan BN menerima kembali Najib adalah berbeza dengan kemahuan rakyat yang sudah menghukum kerajaan pimpinannya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Dalam pembangkang, mereka mahukan Najib semula. Itu terpulanglah pada mereka.

“Tetapi, sama ada rakyat mahu terima (Najib) atau tidak, itu perkara yang lain,” kata Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Semalam, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam satu kenyataan berkata, Dewan Tertinggi BN sebulat suara bersetuju melantik Najib sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat BN.

Beliau berkata, tugas Najib adalah untuk membantu BN dalam usaha mengembalikan semula sokongan rakyat kepada parti itu.

Sementara itu, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyindir pelantikan berkenaan, dengan menyifatkan bekas Perdana Menteri itu mungkin dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat BN kerana beliau ada terlalu banyak masa terluang.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson, berkata Najib mungkin sibuk pada sebelah pagi untuk menghadiri mahkamah kerana berdepan pelbagai tuduhan rasuah dan salah guna kuasa, namun memiliki banyak masa pada sebelah petang.

“Apa lagi yang boleh mereka buat. Saya rasa mereka mahu memberikannya sedikit kerja kerana dia (Najib) terlalu banyak masa terluang.

“Kecuali pada waktu siang kerana dia perlu hadir ke mahkamah, dia agak bebas pada sebelah petang,” katanya sinis.

Najib mengumumkan meletak jawatan Presiden UMNO dan Pengerusi BN pada 12 Mei tahun lalu, iaitu tiga hari selepas kerajaan pimpinannya tumbang pada PRU-14.

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin pula berkata beliau tidak gembira dengan pelantikan itu.

“Secara tiba-tiba, saya tidak lagi gembira berada di mana saya berada sekarang,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen.

Isnin lalu, Khairy membayangkan akan kekal dalam UMNO apabila berkata beliau ketika ini masih gembira berada di mana dirinya berada ketika mengulas pelawaan Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Veteran UMNO yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, pula berkata pelantikan Najib itu tidak membantu usaha memulihkan parti itu dan BN.

Katanya, tiada sebarang nasihat yang sesuai diberikan Najib kerana UMNO dan BN tumbang di bawah pentadbirannya.

“Saya tak rasa begitu (sama ada pelantikan Najib mampu bantu pulihkan UMNO dan BN).

“Kita kalah di bawah siapa? Nasihat apa yang boleh dia (Najib) berikan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Sementara itu, ditanya mengenai pelawaan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk ahli parti Melayu termasuk UMNO menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Mohamed Nazri berkata ia sudah terlewat kerana UMNO sudah menjalin kerjasama dengan PAS.

Ku Li terkejut pelantikan Najib

Pengerusi Jemaah Penasihat Umno, Tengku Razaleigh Hamzah hari ini, menzahirkan rasa terkejut dengan pelantikan Datuk Seri Najib Razak sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), kerana tidak dimaklumkan lebih awal.

Pengerusi Jemaah Penasihat Umno, Tengku Razaleigh Hamzah hari ini, menzahirkan rasa terkejut dengan pelantikan Datuk Seri Najib Razak sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), kerana tidak dimaklumkan lebih awal.

Namun susulan pelantikan itu, beliau memuji bekas Presiden Umno itu disebabkan beberapa faktor.

“Sebagai bekas Pengerusi BN dan pernah mengetuai Umno, saya lihat beliau mempunyai banyak pengalaman.

“Sesiapa sahaja juga boleh membantu memulihkan Umno termasuk orang yang bukan ahli Umno,” katanya.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Ku Li mengulas demikian di lobi Parlimen, hari ini ketika ditanya pemberita berhubung pelantikan Ahli Parlimen Pekan itu sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat BN.

Ketika ditanya wartawan adakah pelantikan Najib dilihat sebagai satu liabiliti kerana bekas Perdana Menteri itu sedang menghadapi beberapa pertuduhan rasuah, Ku Li menyangkal perkara itu.

“Saya tidak fikir pelantikan Najib menjadi liabiliti, semua orang boleh bagi pandangan dan kita tengoklah ianya liabiliti atau tidak.

“Tetapi, bagi kita semua pandangan dan nasihat itu bernilai dan berharga. Jadi, kita akan gunakan pandangan itu sebaik mungkin untuk membantu parti Umno,” katanya.

Najib dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Penasihat BN pada mesyuarat tersebut di ibu pejabat parti di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), malam tadi.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam satu kenyataan berkata, Najib akan menjalankan tugas membantu BN dalam usaha untuk mengembalikan semula sokongan rakyat kepada parti itu.

Ku Nan terlibat penjualan tanah kepada Aset Kayamas – saksi

“Saya tidak menafikan memang ada penglibatan menteri (Tengku Adnan) dalam isu penjualan tanah membabitkan Aset Kayamas,” kata saksi itu.

Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor terlibat dalam penjualan dua lot tanah di Bandar Tun Razak milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kepada Syarikat Aset Kayamas Sdn Bhd.

Bekas Pengarah Penilaian di Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta (JPPH) DBKL, Kamariah Ibrahim, 62, berkata demikian ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Haderiah Siri pada hari kelima perbicaraan kes rasuah RM2 juta yang dihadapi Tengku Adnan.

“Saya tidak menafikan memang ada penglibatan menteri (Tengku Adnan) dalam isu penjualan tanah membabitkan Aset Kayamas,” kata saksi itu.

Haderiah: Apakah penglibatan Tengku Adnan dalam penjualan tanah kepada Aset Kayamas?

Kamariah: Pada peringkat awal, terdapat surat-surat daripada pihak pemaju, Aset Kayamas yang dihantar ke JPPH dan terdapat catatan oleh Tengku Adnan yang menyatakan “sila setuju” dan “sila uruskan”.

“Pada peringkat akhir, menteri akan memberi kata putus bersetuju untuk penjualan tanah berkenaan kerana ia mematuhi syarat perundangan dengan niat untuk memperbanyakkan pembangunan rumah mampu milik,” katanya.

Sementara itu, Kamariah ketika membacakan penyataan saksinya berkata surat tawaran berhubung penjualan dua lot tanah di Bandar Tun Razak milik DBKL dikeluarkan kepada Aset Kayamas selepas mendapat persetujuan daripada Tengku Adnan.

Saksi pendakwaan ke-14 itu berkata beliau mengarahkan pegawainya, Razailia Khalid mengeluarkan surat tawaran berkenaan selepas Tengku Adnan, yang ketika itu Menteri Wilayah Persekutuan, menandatangani perakuan di bawah Seksyen 101(r) Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) pada 28 Mei 2015.

“Saya mengesahkan perakuan berkenaan telah dikeluarkan oleh DBKL kepada Tengku Adnan yang ditandatanganinya bagi melupuskan harta tak alih milik DBKL iaitu Lot 53427 dan Lot 53653 di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur kepada syarikat Aset Kayamas.

“Setelah mendapat persetujuan daripada Tengku Adnan, saya telah mengarahkan Razailia mengeluarkan surat tawaran kepada syarikat berkenaan,” katanya.

Kamariah, yang berkhidmat di DBKL sejak 1980, turut mengesahkan bahawa Tengku Adnan juga bersetuju dengan pembinaan satu blok pangsapuri mampu milik (427 unit) 41 tingkat termasuk lapan tingkat podium tempat letak kereta berserta kemudahan penduduk dalam fasa pertama pembinaan.

“Dalam fasa kedua, pihak syarikat bercadang membina satu blok pangsapuri 623 unit 41 tingkat termasuk lapan tingkat podium tempat letak kereta berserta kemudahan penduduk dan fasa ketiga, pihak syarikat akan membina asrama pusat latihan untuk DBKL,” katanya yang turut mengesahkan penjualan tanah berkenaan kepada syarikat Aset Kayamas atas arahan Tengku Adnan.

Kamariah, kini pesara berkata pihak DBKL tiada halangan untuk menjual tanah berkenaan dengan syarat syarikat tersebut membina satu blok asrama bersebelahan Institut Latihan DBKL berkeluasan 0.5 ekar (0.2 hektar) dan pembinaan asrama itu berdasarkan spesifikasi yang ditetapkan oleh DBKL.

“Pihak syarikat dikehendaki mematuhi terma jualan dan kaedah pembayaran antaranya syarikat diminta membayar wang kesungguhan berjumlah RM200,000 dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat tawaran berkenaan,” jelasnya.

Mengikut pertuduhan, Tengku Adnan sebagai seorang penjawat awam iaitu Menteri Wilayah Persekutuan didakwa telah menerima untuk dirinya wang berjumlah RM2 juta daripada ahli perniagaan, Tan Sri Chai Kin Kong melalui cek Hong Leong Islamic Bank milik syarikat Aset Kayamas yang didepositkan ke dalam akaun CIMB Bank milik Tadmansori Holding yang beliau mempunyai kepentingan, yang diketahui syarikat Aset Kayamas ada perhubungan dengan kerja-kerja rasminya.

Beliau dituduh melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Berhad, Cawangan Pusat Bandar Damansara, di sini pada 14 Jun 2016, mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan.

– Bernama

Pas-Umno anjur program politik di surau – Pemuda PH Lembah Pantai

“Ia juga berlawanan dengan titah YDPA tentang tidak menjadikan Masjid/ Surau sebagsai gelanggang politik,” ujarnya dalam laporan berkenaan dan mengharapkan pihak polis jalankan siasatan ke atas laporan dibuat Pemuda PH.

Pemuda Pakatan Harapan Lembah Pantai hari ini membuat laporan polis kerana mendakwa Pas mengadakan program politik di Surau Madrasahtul Al Falah, Pantai Sentral Park.


Program ‘Penerangan Isu Semasa KenDurian Penyatuan Ummah’ itu akan diadakan pada malam ini (8 Julai 2019) itu membariskan beberapa pimpinan Pas dan Umno.


Ketua AMANAH Lembah Pantai Zulhafiz Zulkifli membuat laporan polis di Ibupejabat Polis Kuala Lumpur jam 1.27 tengahari tadi.


Turut mengiringi beliau Ketua AMK Lembah Pantai Alias Ahmad. Menurut Zulhafiz program tersebut dianjurkan Pas Kawasan Lembah Pantai dengan kerjasama Umno Kawasan Lembah Pantai.


”Saya telah terima melalui aplikasi whatapps daripada saudara Nasir. “Saya sebagai Ketua Pemuda AMANAH Lembah Pantai mengambil inisiatif untuk membuat laporan polis kerana penyalahgunaan Masjid/Surau yang dijadikan sebagai tempat berpolitik.


“Ia juga berlawanan dengan titah YDPA tentang tidak menjadikan Masjid/ Surau sebagsai gelanggang politik,” ujarnya dalam laporan berkenaan dan mengharapkan pihak polis jalankan siasatan ke atas laporan dibuat Pemuda PH.


Poster tersebut menerangkan program penerangan isu semasa politik dan kenduri durian itu akan berlangsung di Madrasatul Al Falah Pantai Sentral Park jam 9 malam ini.

ADUN Sungai Rambai dan bekas kerani mengaku tidak bersalah atas tuduhan pecah amanah

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai dan seorang bekas kerani Pejabat Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) mengaku tidak bersalah atas 34 pertuduhan pecah amanah dana Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) berjumlah RM318,400 dua tahun lalu.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai dan seorang bekas kerani Pejabat Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) mengaku tidak bersalah atas 34 pertuduhan pecah amanah dana Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) berjumlah RM318,400 dua tahun lalu.


Tertuduh, Datuk Hasan Abd. Rahman, 57, dan Khuzaimah Abdullah, 34, yang masing-masing dihadapkan dengan 34 pertuduhan membuat pengakuan itu sejurus dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Datuk Mohd. Nasir Nordin.


Berdasarkan kesemua pertuduhan terhadap Hasan, tertuduh yang telah diamanahkan ke atas peruntukan NBOS 2016 untuk negeri Melaka bagi Projek Tanaman Jagung, Tanaman Pisang dan Sayuran – Gantian Cili dan Ternakan Rusa didakwa telah melakukan pecah amanah dengan menandatangani 34 keping cek berjumlah keseluruhan RM318, 400.


Kesemua pembayaran itu bagaimanapun tidak diterima oleh penerima projek tersebut. Mengikut pertuduhan kesemua kesalahan itu dilakukan tertuduh di pejabat Japerun, Kompleks Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Sungai Rambai, Jasin antara 20 Februari 2017 hingga 17 Januari 2018.
Sementara itu, Khuzaimah didakwa atas pertuduhan bersubahat dengan Hasan untuk melakukan jenayah pecah amanah dana NBOS bagi projek-projek tersebut pada tempat dan masa yang sama.


Bagi kesalahan itu, kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan dengan Khuzaimah dibaca bersama Seksyen 109 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat dan hendaklah dikenakan denda.


Timbalan Pendakwa Raya Gan Peng Kun mencadangkan jaminan sebanyak RM50, 000 setiap seorang dan meminta passport kedua-dua tertuduh diserahkan kepada mahkamah. Hasan diwakili Peguam Hamidi Mohd. Noh dan Mohd. Haziq Razali manakala Khuzaimah diwakili Peguam Ahmad Faiq Azizan dan Muhammad Nor Izzat Nordin.


Mohd Nasir kemudian membenarkan kedua-dua mereka dijamin sebanyak RM50, 000 setiap seorang dan mengarahkan passport mereka diserahkan kepada mahkamah. Beliau  menetapkan tarikh 20 Ogos sebagai sebutan semula kes.
BERNAMA

PAS tidak jamin kerjasama dengan pihak lain akan kekal – Ahmad Yaakob

“Kita tak boleh jamin kita akan kekal macam ini tetapi kehendak politik semasa mungkin berubah. Setakat ini itulah yang ada pada kita,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kelantan Charity Drive 2019

Kehendak politik terutama berkaitan penyatuan orang Melayu Islam dalam satu gagasan mungkin berubah dari semasa ke semasa, kata Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yakob.


Oleh itu PAS tidak boleh menjamin kerjasama yang terjalin dengan mana-mana pihak ketika ini akan kekal selama-lamanya kerana ia bergantung kepada perkembangan politik semasa.


“Sekarang ini, (berkaitan) masalah politik, buat masa ini (kita kekal bekerjasama dengan UMNO dan parti lain dalam Gagasan Sejahtera) tetapi terpulanglah kepada masa depan, kepada suasana pada masa itu.


“Kita tak boleh jamin kita akan kekal macam ini tetapi kehendak politik semasa mungkin berubah. Setakat ini itulah yang ada pada kita,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kelantan Charity Drive 2019 di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini, hari ini.


Ahmad mengulas mengenai pelawaan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tun Dr Mahathir Mohamad yang meminta semua parti politik Melayu termasuk UMNO untuk menyertai Bersatu dalam usaha menyatupadu serta memperkasakan kuasa politik orang Melayu.


Ahmad turut mengakui kenyataan Dr Mahathir yang mendakwa kewujudan semakin banyak parti politik Melayu menyebabkan potensi untuk mereka menang dalam pilihan raya semakin tipis.


“(Kenyataan) itu sebenarnya kita kena terima… apabila orang (Melayu) sudah berpecah kita memang lemah. Sekarang ini usaha kita nak kumpul semula kekuatan khususnya orang Melayu bagi mempertahankan keutuhan orang Melayu yang beragama Islam,” katanya.

Kembalinya Zahid tanda Umno belum mantap, kata Anwar

Presiden PKR Anwar Ibrahim melihat kembalinya Ahmad Zahid Hamidi menggalas tugas presiden Umno sebagai tanda parti itu belum mantap. – Presiden PKR Anwar Ibrahim

Presiden PKR Anwar Ibrahim melihat kembalinya Ahmad Zahid Hamidi menggalas tugas presiden Umno sebagai tanda parti itu belum mantap.

“Saya bukan ahli Umno, sudah lama. Itu (Zahid kembali aktif memimpin Umno) keputusan dalaman Umno. Saya rasa keputusan itu menunjukkan Umno belum mantap,” katanya yang suatu ketika dulu merupakan orang nombor dua parti Melayu itu.

“Maknanya apa yang diserahkan dulu (penyerahan tugas kepada timbalan presiden Mohamad Hasan) tidak mendapat dokongan. Bagi saya ia (perkembangan itu) tidak menunjukkan kekuatan Umno,” katanya lagi dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini.

Anwar berkata keputusan itu tidak akan menjejaskan Pakatan Harapan (PH).

Beliau diminta mengulas berkenaan pengumuman Zahid berkenaan perkara itu pada 30 Jun lalu selepas bercuti lebih enam bulan sejak Disember 2018.

Zahid menyerahkan tugas presiden kepada Mohamad pada 18 Disember lalu ketika didesak meletakkan jawatan berikutan tindakan beberapa anggota parlimen Umno keluar parti.

Kepimpinan Zahid ketika itu juga dikritik sebagai gagal menunjukkan hala tuju parti selepas tewas buat pertama kali dalam pilihan raya umum.

Undang-undang isytihar harta tak adil – Najib

Bekas perdana menteri Najib Razak meluahkan rasa tidak puas hatinya dengan keputusan Dewan Rakyat yang meluluskan usul mewajibkan anggota parlimen mengisytiharkan harta masing-masing.

Bekas perdana menteri Najib Razak meluahkan rasa tidak puas hatinya dengan keputusan Dewan Rakyat yang meluluskan usul mewajibkan anggota parlimen mengisytiharkan harta masing-masing.

Kata Najib, sebagai anggota parlimen, mereka juga mempunyai pendapatan bukan bersumberkan daripada elaun sebagai wakil rakyat semata-mata.

“Kita (pembangkang) bukan anggota badan eksekutif. Sebagai ahli parlimen, dan kita ada badan-badan lain yang boleh siasat, sekiranya ada apa-apa kesalahan.

“Kalau kita isytihar harta daripada punca pendapatan bukan sumber ahli parlimen, misalnya kalau kita seorang peguam, atau arkitek, kita ada punca daripada sumber-sumber lain.

“Jadi kalau sumber lain itu masuk dalam satu akaun kemudian isytihar sebagai aset, jadi tidak adil, sebab dia (isytihar) berpunca daripada pendapatan sebagai ahli parlimen,” katanya, ketika ditemui di Parlimen, hari ini.

Najib yang juga anggota Parlimen Pekan, juga bersetuju dengan kebimbangan perisytiharan harta itu akan memberikan risiko keselamatan kepada mana-mana anggota parlimen.

“Macam-macam boleh berlaku, dari segi keselamatan dan sebagainya,” kata Najib, lagi.

Dewan Rakyat pada Isnin meluluskan usul sebulat suara supaya semua ahli parlimen, daripada kerajaan dan pembangkang wajib mengisytiharkan harta mereka, isteri, dan anak-anak kepada speaker Dewan Rakyat.

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man juga berkata anggota parlimen mereka sedia untuk mengisytiharkan harta mereka, kerana berpegang teguh pada prinsip membasmi rasuah.

Beliau sehari sebelum itu berkata, terdapat hadis tidak menggalakkan perisytiharan harta, berikutan kebimbangan atas faktor keselamatan.

PAS katanya bagaimanapun kecewa kerana usul itu tidak membawa ruang lingkup yang lebih besar, seperti menggubal akta khusus untuk tujuan itu.

Beliau berkata, kebimbangan yang timbul adalah perisytiharan itu akan didedahkan kepada umum yang berkemungkinan memberikan risiko kepada ahli Parlimen dan keluarga mereka.

Amalan sebelum ini katanya, anggota parlimen hanya perlu mengisytiharkan harta mereka secara bersendiri kepada pemimpin parti masing-masing.